KUCHING: Masyarakat Sarawak dinasihat agar tidak terpengaruh tindak-tanduk masyarakat di tempat lain yang cenderung melihat perbezaan agama dan keturunan.
"Begitu cenderung melihat perbezaan daripada unsur-unsur penyatuan berkaitan isu-isu yang berkisar tentang agama dan keturunan hampir setiap hari," kata Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dalam Perutusan Hari Raya 2024.
Sebaliknya, Abang Johari mengajak masyarakat Sarawak terus berusaha ke arah penyatuan masyarakat majmuk dan elakkan perkara-perkara yang akan mendatangkan perpecahan.
"Saya menyeru masyarakat agar terus berusaha ke arah memperkukuhkan perpaduan dalam kalangan kita yang mempunyai pelbagai agama, bangsa dan budaya di Bumi Kenyalang," katanya.